Sunday 30 August 2009

Visi

  • Melahirkan generasi yang mengamalkan cara hidup Islam dengan berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah.
Misi
  • Menyeru umat manusia kepada syariat Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan, dan amalan.
  • Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan Persatuan serta memperkenalkan nilai-nilai keIslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan dalam pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.
  • Memupuk dan memperkuat ukhuwah Islamiyah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan pelajar bagi memelihara masyarakat yang sihat dan berkebajikan.
  • Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawan tujuannya dengan Persatuan i Rakan selagi tujuannya adalah mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan akta Universiti 1974 Pindaan Universiti Industri Selangor 2005/2006 dan juga Akta Universiti dan Kolej Universiti.
  • Melakukan apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan Undang-undang Universiti bagi mencapai semua Dasar, Visi dan Misi Persatuan yang berlandaskan Syariah.

Sejarah Penubuhan

Persatuan i Rakan telah ditubuhkan secara rasmi pada 21 Jun 2006 . Idea penubuhan persatuan ini telah diilhamkan oleh Ustaz Mohd Firdaus Bin Khalid yang ketika itu adalah salah seorang kakitangan Unit Agama & Pembangunan Insan, Hal Ehwal Pelajar (Kini telah bertukar kepada Pusat Islam) dan diteraju oleh Presiden pertamanya, Shahrizal Bin Jelani dengan dibantu oleh barisan pimpinan lain yang terdiri daripada pimpinan kanan dan exco-exco yang telah dibentuk. Matlamat utama penubuhan i Rakan adalah untuk mempertingkat bakat kepimpinan Mahasiswa menerusi penglibatan mereka di dalam organisasi pengurusan dan program-program pembangunan insan yang di anjurkan oleh Pusat Islam selain melahirkan insan yang berjiwa kental dalam menempuhi cabaran hidup. Dalam pada itu mereka juga dapat mendalami ilmu mendidik dan erti pengorbanan dan sumbangan kepada unit dan universiti.